Al Usrah Al Dandaraweyah Official Website
Muka Depan | Artikel | Hubungi Kami | English Mode
0SERTAI SENARAI EMEL KAMI
 
Nama
Emel
 
 
 
 
WASIQAH BAIDAH: AL USRAH AL DANDARAWEYAH... TAKWIN WA KIYAN (TERJEMAHAN BAHASA MELAYU)

 
Link-link Lain

Pengenalan Tentang Al Usrah Al Dandaraweyah

 

1. Bilakah Al Usrah Al Dandaraweyah diasaskan dan siapakah pengasasnya?

2. Mengapakah Al Usrah Al Dandaraweyah diasaskan?

3. Dari manakah Al Usrah Al Dandaraweyah berasal?

4. Bilakah nama Al Usrah Al Dandaraweyah mula tampil?

5. Di manakah Al Usrah Al Dandaraweyah tergolong di antara empat kelompok ideologi di dalam dunia Islam? Adakah ia sebuah model Mazhab Salafi, Masyrab Sufi, Badan kebajikan, Organisasi politik ataupun ia model kelima yang berlainan daripada empat golongan tersebut?

6. Apakah Ru’yah Al Dandaraweyah (pandangan Dandarawi) tentang Islam?

7. Apakah pandangan Al Usrah Al Dandaraweyah tentang reformasi Insan?

8. Apakah identiti seorang insan Dandarawi?

9. Apakah matlamat Al Usrah Al Dandaraweyah?

10. Bagaimanakah cara Al Usrah Al Dandaraweyah mencapai matlamat-matlamatnya?

11. Apakah syaratnya untuk Intisab dengan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

12. Bagaimanakah cara untuk bergabung dengan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

13. Siapakah yang membentuk binaan insan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

14. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Mazhab-Mazhab Syar’iyah

15. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Thariqah-Thariqah As Sufiyah

16. Al Usrah Al Dandaraweyah dan badan-badan kebajikan

17. Al Usrah Al Dandaraweyah dan status-status masyarakat

18. Al Usrah Al Dandaraweyah dan organisasi-organisasi kebangsaan

19. Al Usrah Al Dandaraweyah dan kaum-kaum etnik

20. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Negara

21. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Politik

22. Al Usrah Al Dandaraweyah dan penganut agama-agama lain

23. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Wanita

 

1. Bilakah Al Usrah Al Dandaraweyah diasaskan dan siapakah pengasasnya?

Perkumpulan Insan Muslim yang bernama 'Al Usrah Al Dandaraweyah' telah diasaskan pada tahun 1292 Hijrah bersamaan dengan 1875 Masihi.

Pengasasnya adalah As Sultan Ad Dandarawi. Beliau daripada keturunan As Sultan Yusuf. As Sultan Yusuf pula adalah datuk bagi kabilah-kabilah Al Amarah di Dandara dan juga daripada keturunan Asy Syarif Idris yang Pertama. Asy Syarif Idris yang Pertama pula adalah pengasas daulah Al Adarisah di Al Maghrib Al Arabi [1] dan juga daripada keturunan Al Imam Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah .

Pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah, As Sultan Muhammad Ad Dandarawi, telah dilahirkan di desa Dandara yang terletak di bahagian selatan Mesir (Sha'id) pada tahun 1835 Masihi. Sejak awal kehidupannya, beliau 'Alaihi Minallahir Ridhwan telah menyaksikan kemunduran yang menyedihkan menimpa setiap individu dan Ummah Muslimin. Beliau juga telah menyaksikan individu Muslim yang dahulunya bersaudara dan saling menyayangi berubah menjadi saling benci-membenci, hasad-dengki, paling-memaling dan memutuskan Silaturrahim. Selain itu, Ummah Muslimin yang dahulunya mengamalkan Tamasuk (kesatupaduan masyarakat) dan Talahum (perpaduan Ummah) telah berubah menjadi saling berantakan kerana ideologi pemikiran, status sosial, kaum etnik dan daerah geografi.

Maka bangkitlah As Sultan Muhammad Ad Dandarawi 'Alaihi Minallahir Ridhwan untuk memikul tanggungjawab sebagai salah seorang 'Alim daripada kalangan para ulama' Muslimin yang menumpukan akalnya untuk memikirkan jalan keluar dari keadaan buruk yang telah menimpa Insan Ummah ini. Beliau pun memulakan perjalanannya mengelilingi negara-negara Muslim untuk mencari para reformis yang sudah mendapat jawapan dan langkah-langkah bagi menyelamatkan keadaan Ummah yang menyedihkan ini.

Beliau 'Alaihi Minallahir Ridhwan telah merantau lebih daripada 20 tahun untuk meneliti kata-kata para reformis, menyelidik kerja-kerja dan program-program reformasi yang mereka laksanakan. Beliau berharap untuk menemukan sebuah pandangan atau pendekatan daripada sesiapa sahaja di kalangan para reformis yang sesuai dengan pandangan beliau tentang asal penyakit dan cara untuk mengubatinya, supaya beliau boleh bergabung dan bekerjasama dengannya dalam usaha tersebut.

Apabila usianya menjangkau 40 tahun pada 1292H bersamaan 1875M, beliau telah pun memerhatikan pelbagai reformasi pada pertengahan kedua abad ke 19. Namun, beliau tidak menemui apa yang dicari sama ada daripada reformis individu ataupun perkumpulan. Justeru, beliau pun mengasaskan perkumpulan Muslimnya.

Sepanjang 32 tahun sejak perkumpulannya diasaskan, beliau sendiri telah merantau ke negara-negara Muslim yang dekat dan yang jauh untuk menjalankan reformasinya. Selain itu, beliau juga telah mengutuskan para ulama' reformis yang soleh ke pelbagai kumpulan Muslimin di negara-negara timur yang jauh.

Pada tahun 1907M, setelah As Sultan menyempurnakan asas reformasinya, beliau pun wafat di Al Madinah Al Munawwarah dan telah dimaqamkan di Al Baqi'. As Sultan telah mengamanahkan anaknya, Al Imam Abbas Ad Dandarawi, untuk memimpin perkumpulan Muslim tersebut. Namun, As Sultan tetap menjadi 'Datuk Ma'nawi' bagi setiap Muslim yang berintisab (ikatan keluarga) kepada saf-saf perkumpulannya selagi Al Usrah Al Dandaraweyah wujud.

[1] Daulah Al Adarisah: Selepas hampir 84 tahun agama Islam tersebar di negara-negara Afrika barat yang jauh, Al Idris yang pertama iaitu Idris Bin Abdullah Bin Hasan Bin Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib pun mula mengasaskan Daulah Maghribi yang pertama pada tahun 172 Hijriyyah bersamaan dengan 788 Masihi. Daulah tersebut dinamakan Daulah Al Adarisah dan telah memerintah selama 200 tahun.

^ kembali ke atas

 

2. Mengapakah Al Usrah Al Dandaraweyah diasaskan?

Setelah As Sultan Ad Dandarawi melaungkan seruan reformasinya, "Kembalilah kepada Muhammad kamu, nescaya akan kembalilah Ummah kamu," beliau pun mengasaskan perkumpulan Muslimnya untuk menyatukan sesiapa sahaja yang yakin dengan pandangan reformasinya dan berazam untuk mengembalikan nilai-nilai Islam dan nilai Muslimin.

Mengapakah As Sultan Ad Dandarawi memilih untuk mengasaskan perkumpulan Muslimnya ini dan bukan hanya dengan mengumumkan pandangan reformasinya dan berdakwah sahaja? Dengan kata lain, mengapakah As Sultan Ad Dandarawi mengasaskan perkumpulan Al Usrah Al Dandaraweyah?

Kami akan sebutkan empat tujuan untuk merealisasikan pengasasan ini:

Tujuan pertama : Untuk membuktikan dengan nyata bahawa pandangan Dandarawi terhadap reformasi Insan adalah benar dan tidak mustahil untuk dicapai.

Sebuah pandangan ideologi daripada seseorang reformis, walaupun betapa logik dan teguh ideologi tersebut yang berdasarkan nas-nas suci yang terpelihara daripada kesilapan, namun menurut pandangan ramai, ia tetap dianggap sebagai sebuah teori sahaja. Ia mungkin boleh diterapkan untuk menjadi ubat yang sesuai bagi keadaan yang memedihkan ini, tetapi tidak semestinya berkesan.

Oleh kerana itu, As Sultan Ad Dandarawi mengasaskan perkumpulan Muslimnya untuk memikul satu tanggungjawab untuk membuktikan kepada para Muslimin bahawa asal penyakit pada ketika ini adalah kerana kita telah meninggalkan asas yang pernah diamalkan dahulu iaitu Irtibat (ikatan) dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah 'Alaihi Solawatullah . Oleh itu, dengan mengembalikan Irtibat ini, ia akan dapat mengembalikan rajutan Ummah Muslimin yang telah berpecah-belah.

Tujuan kedua : Untuk mewujudkan satu perkumpulan manusia yang menghimpunkan sesiapa sahaja yang yakin dengan pandangan Dandarawi terhadap reformasi Insan.

As Sultan Ad Dandarawi mengetahui bahawa perlaksanaan reformasi terhadap keadaan Ummah Muslimin di seluruh dunia adalah suatu tugas yang melangkau batasan zaman. Oleh kerana itu, beliau telah membentuk pandangan reformasinya secara umum untuk ditujukan kepada para Muslimin di seluruh dunia. Bagi tugas reformasinya, beliau telah memilih untuk melaksanakannya di dalam bingkai perkumpulan Muslim yang terdiri daripada sebahagian Ummah Muslimin. Merekalah orang-orang yang telah mengambil keputusan untuk menyahut seruan reformasinya.

Kumpulan-kumpulan insan yang berkongsi satu kepercayaan sering suka menyendiri, tertutup, menolak, menjauhkan diri dan tidak mahu menerima kepelbagaian ragam manusia. Oleh kerana itu, As Sultan Ad Dandarawi bukan sahaja menginginkan agar setiap Muslim yang bergabung di dalam perkumpulan Muslimnya tidak bersikap tertutup, bahkan juga menginginkan pintu perkumpulan Muslimnya sentiasa terbuka kepada setiap Muslim yang mahu bergabung pada bila-bila masa sahaja.

Tujuan ketiga : Untuk mengikut serta dalam memberi sumbangan bagi mengubati keadaan Muslimin yang menyedihkan.

Ramai reformis berasa cukup dengan kerja-kerja dari sudut ideologi sahaja. Mereka menghasilkan pandangan, berdakwah dan berusaha untuk meyakinkan orang lain, atau sekumpulan manusia, agar menerima pandangan mereka dan melancarkan kerja reformasi tersebut.

Setelah As Sultan Ad Dandarawi mengenal pasti penyakit dan memberikan ubatnya, beliau mengasaskan perkumpulan Muslimnya untuk mengikut serta dalam mengubati perkara-perkara yang menyebabkan perpecahan dan mengakibatkan kegagalan di kalangan majoriti Ummah Muslimin.

As Sultan Ad Dandarawi berasa tidak cukup dengan hanya mempersembahkan ilmu pengetahuan, kemudian meninggalkan sesiapa yang yakin dengan pandangannya untuk berusaha dalam melaksanakan tugas reformasinya. Oleh itu, beliau sendiri menampilkan diri untuk mengikut serta dalam kerja-kerja reformasi bersama perkumpulan Muslimnya.

Tujuan keempat : Untuk membela diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah 'Alaihi Solawatullah .

As Sultan Ad Dandarawi mengasaskan perkumpulan Muslimnya di kalangan masyarakat-masyarakat Islam khas untuk Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah. Perkumpulan ini juga memikul tanggungjawab untuk membela diri Nabawi Baginda yang unik daripada serangan-serangan yang semakin bertambah terhadap diri dan peribadi Baginda Solawatullahi 'Alaih .

^ kembali ke atas

 

3. Dari manakah Al Usrah Al Dandaraweyah berasal?

As Sultan Ad Dandarawi menanamkan benih perkumpulan Muslimnya yang dikenali dengan nama 'Al Usrah Al Dandaraweyah' di desa Dandara di selatan Mesir. Oleh kerana itu, ahli kabilah-kabilah Al Amarah di Dandara serta keluarga-keluarga Muslim mereka merupakan benih pohon insan Al Usrah Al Dandaraweyah.

Namun, perkumpulan ini tidak terbatas pada desa Dandara sahaja. Bahkan, akar-akar pohon insan ini berkembang di selatan Mesir sehingga bertempat di majoriti kabilah-kabilah dari wilayah Qena, Aswan dan Laut Merah. Batangnya pula tumbuh tegak dan kukuh dengan keluarga-keluarga di Mesir. Kemudian, dahan-dahan dari batang pohon ini meluaskan cabangnya ke seluruh Ummah Muslimin di negara-negara timur dan barat.

^ kembali ke atas

 

4. Bilakah nama Al Usrah Al Dandaraweyah mula tampil?

Ketika As Sultan Ad Dandarawi mengasaskan perkumpulan Muslimnya pada tahun 1875M, ia belum diberi nama. Namun, apabila perkumpulan ini mula tampil di dalam dunia Islam dan semua Jumu' Sahahnya mula menjalankan kegiatan-kegiatan mereka di negara masing-masing, para penduduk dari pelbagai masyarakat mula memberikan nama-nama yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini berdasarkan bagaimana sesuatu Jumu' Sahah itu dipandang oleh para pencintanya atau pendengkinya.

Di antara nama-nama yang diberikan adalah:

•  Al Jama'ah As Salafiyah, pengikut pemimpin-pemimpin Dandarawi

•  Mureedi At Thariqah Al Ahmadiyah atau Mureedi At Thariqah Ar Rasyidiyah

•  Organisasi putera-puteri Al Abbas

•  Rijal Ad Dandarawi

Nama-nama tersebut tidak sesuai dengan identiti perkumpulan Muslim yang diasaskan oleh As Sultan Ad Dandarawi. Oleh itu, pada tahun 1973M, Sumuwwul Amir Al Fadl ibn Al Abbas Al Ad Dandarawi, Amir bagi perkumpulan Muslim ini, bersama semua yang berintisab di dalam saf-saf keluarganya, telah mengambil keputusan untuk memilih satu nama untuk diri mereka. Nama ini diambil daripada identiti Takwin Muhammadi (Binaan Diri Muhammadi) dan ciri-ciri model Dandarawi mereka. Maka nama yang dipilih adalah:

Jam'u Insan Muhammad ' Al Usrah Al Dandaraweyah

Nama ini tersusun dengan dua ungkapan:

•  Ungkapan pertama menunjukkan identiti Takwin Muhammadi

•  Ungkapan kedua menunjukkan ciri-ciri model Dandarawi

Maka nama Al Usrah Al Dandaraweyah mula tampil pada tahun 1393H bersamaan dengan 1973M.

^ kembali ke atas

 

5. Di manakah Al Usrah Al Dandaraweyah tergolong di antara empat kelompok ideologi di dalam dunia Islam?

Adakah ia sebuah model...

•  Mazhab Salafi

•  Masyrab Sufi

•  Badan kebajikan

•  Organisasi politik

Ataupun ia model kelima yang berlainan daripada empat model tersebut ?

Sejak tiga abad yang lalu, dunia Islam telah mengenali empat macam kelompok Islam. Mereka memiliki model yang berbeza di antara satu sama lain. Empat kelompok ini adalah:

•  Perkumpulan Mazhab-mazhab Fiqh

•  Perkumpulan Thariqah-thariqah Sufiyah

•  Perkumpulan badan-badan kebajikan

•  Perkumpulan organisasi-organisasi tanah air

Sehingga hari ini, para Muslimin tidak mengenali adanya kelompok yang lain selain daripada empat kelompok khusus tersebut.

Al Usrah Al Dandaraweyah bukan salah satu daripada empat kelompok khusus ini dan juga tidak bertujuan untuk menggantikan mereka. Pada masa yang sama, Al Usrah Al Dandaraweyah juga tidak berjauhan atau bercanggahan dengan mereka.

Disebabkan persamaan dan perbezaan antara Al Usrah Al Dandaraweyah dengan empat kelompok yang khusus ini, Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah mendapati ianya sangat sulit untuk menjelaskan kepada orang-orang di sekeliling mereka bahawa Al Usrah Al Dandaraweyah berbeza daripada sebarang kelompok tersebut dari segi binaan dan juga modelnya.

Dalam menggolongkan Al Usrah Al Dandaraweyah di kalangan perkumpulan-perkumpulan Muslimin, kami mengatakan bahawa: Al Usrah Al Dandaraweyah merupakan model masyarakat yang menghimpunkan semua Muslimin yang mempunyai Takwin Muhammadi. Mereka membentukkan gambaran Ummah Muslimin yang satu, meskipun daripada pelbagai kelompok ideologi pemikiran atau status sosial, dan berbilang kaum etnik atau daerah geografi.

Apabila As Sultan Ad Dandarawi mengasaskan perkumpulan Muslimnya dalam bentuk satu Ummah, beliau ingin menjelaskan kepada semua bahawa ia tidak mustahil untuk menyelaraskan segala keistimewaan di antara satu sama lain di dalam satu perkumpulan. Bahkan yang lebih penting lagi adalah untuk mengembalikan Ummah ini kepada ketinggian Islam dan ketinggian Muslimin yang pernah zahir dahulu sebelum runtuhnya bangunan masyarakat-masyarakat Islam dan terputusnya rajutan Ummah Muslimin.

^ kembali ke atas

 

6. Apakah Ru'yah Al Dandaraweyah (pandangan Dandarawi) tentang Islam?

Al Usrah Al Dandaraweyah adalah sebuah perkumpulan Muslim yang berpegang dengan prinsip-prinsip Iman dan melaksanakan kewajipan-kewajipan Islam sama seperti para Muslimin yang lain. Hidup dan pemikiran mereka berpandukan Kalamullah Subhanah dan sabda RasulNya yang mulia Solawatullahi 'Alaih .

Oleh itu, Al Usrah Al Dandaraweyah merupakan sebahagian daripada Ummah Muslimin dan tidak pernah membawa ajaran Islam baru yang terkeluar daripada usul-usul yang telah disepakati oleh Jumhur Ulama'. Bahkan, Al Usrah Al Dandaraweyah berusaha untuk mengembalikan 'Bentuk Islam yang Asal' seperti yang diamalkan oleh para sahabat yang mulia di masa kehidupan Basyariah (manusia) Sayyidina Rasulillah Solawatullahi 'Alaih dan diikuti pula dengan sempurna oleh para Salafus Solih.

Bagaimanakah Islam yang diamalkan oleh para sahabat yang mulia dan para Salafus Solih?

Menurut pandangan Dandarawi, sesungguhnya Islam yang asal mewajibkan seorang Muslim untuk mengamalkan empat komitmen secara serentak:

•  Beriman dengan prinsip-prinsip yang disebutkan di dalam Al Qur'an Al 'Azhim dan yang dijelaskan oleh Ar Rasul Al Karim Solawatullahi 'Alaih .

•  Mengucapkan Syahadah Tauhid iaitu 'Asyhadu an La ilaha illallah wa anna Sayyidana Muhammadar Rasulullah' (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Sayyidina Muhammad adalah Rasul Allah).

•  Mendirikan Islam dengan berkomitmen kepada sistem kehidupan iaitu Ibadat, Muamalat (interaksi), Tamasuk (kesatupaduan) masyarakat dan Talahum (perpaduan) Ummah.

•  Memelihara penyatuan Ummah Muslimin dengan mencapai binaan diri yang boleh berinteraksi secara positif dengan kepelbagaian dan perbezaan manusia yang pasti wujud di dalam setiap perhimpunan umum.

Empat amalan ini akan kami terangkan secara terperinci seperti berikut:

1. Aqidah kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi

Semua prinsip Iman bagi Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah telah tercatat secara terperinci di dalam buku pertama dan tiga juz daripada buku kedua kitab Al Watsiqah Al Baidha'. Topik-topik berkenaan boleh dirujuk di dalam buku-buku tersebut. Di sini, kami hanya menghuraikan kesimpulan aqidah tentang Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Maka kami katakan:

Sesungguhnya aqidah bagi Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah tentang Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi sama seperti aqidah yang diyakini oleh semua para Muslimin, iaitu: [2]

Sesungguhnya wajib bagi setiap orang yang beragama Islam untuk mengetahui bahawa Allah Subhanah adalah Yang Maha Esa di dalam UluhiyahNya dan Maha Tunggal di dalam RububiyahNya. Maka dengan Wahdaniyah (sifatNya yang Maha Esa) Jalla Jalaluh , Dia tidak berbapa dan tidak beranak, Maha Suci daripada bentuk, rupa, perumpamaan dan kejadian. Dialah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menundukkan semua makhluk yang telah Dia dirikan di dalam kerajaan langit dan bumi kepada Masyi'ah (kehendakNya), Iradah (keinginanNya), Amr (perintahNya) dan Izn (izinNya). Dengan Ahadiyah (sifatNya yang Maha Tunggal), Dia Jalla 'Ulah adalah Tuhan segala sesuatu. Tiada batas boleh membatasi kekuasaanNya dan tiada sesiapa pun terkecuali daripada kekuasaanNya.

Dialah yang Maha Pertama tanpa permulaan dan yang Maha Akhir tanpa kesudahan. Dialah yang Maha Zahir tanpa sebarang penampakan dan yang Maha Batin tanpa persembunyian. Dia Subhanah dikenali dengan sifat-sifatNya dan disembah dengan nama-namaNya.

Dia Subhanah menjadikan semua yang wujud dan menciptakan semua yang melahirkan dan yang dilahirkan. Dia Subhanah juga memuliakan sesiapa yang memanjangkan sujud kepadaNya dan menghina sesiapa yang menyembah selainNya.

Dia Subhanah yang Maha Hidup dan tidak mati, dan semua ciptaanNya yang hidup pasti mati. UluhiyahNya tidak boleh diragui oleh sesiapa pun. Dia Subhanah Maha Perkasa ke atas hamba-hambaNya, maka tiada sesiapa pun yang boleh menandingiNya di dalam RububiyahNya. Dia Subhanah, yang Maha Esa dan yang Maha Tunggal, mengurusi makhluk-makhlukNya, maka mustahil bagi sesiapa untuk membahagikan kuasaNya. Dia Subhanah juga memiliki kerajaan langit dan bumi, maka tidak mungkin ada tandingan atau saingan bagiNya, dan tiada sesiapa pun yang mungkin berkongsi kerajaan denganNya.

2. Mengucapkan Syahadah Tauhid

Tidak cukup bagi seorang Insan untuk beriman dengan keesaan Allah Subhanah dan kerasulan Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah Solawatullahi 'Alaih sahaja. Bahkan, dia mesti bersaksi lalu mengucap kalimah Tauhid, 'Asyhadu an La ilaha illallah wa anna Sayyidana Muhammadar Rasulullah' (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Sayyidina Muhammad adalah Rasul Allah).

Dua kalimah syahadah ini sebenarnya adalah satu syahadah yang mempunyai dua bahagian yang tidak boleh dipisahkan. Menurut pandangan Dandarawi, barangsiapa yang mengucapkan bahagian pertama syahadah, 'Asyhadu an La ilaha illallah' tanpa diikuti dengan bahagian yang kedua, 'Wa anna Sayyidana Muhammadar Rasulullah', dia tidak dianggap sebagai seorang Muslim.

3&4. Menegakkan Islam dan memelihara kesatuan jasad Ummah Muslimin

Setelah seorang insan menyempurnakan aqidahnya dengan Allah Subhanah dan memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah Tauhid, dia harus yakin bahawa Allah Subhanah telah mengutuskan RasulNya yang mulia Solawatullahi ' Alaih untuk melaksanakan dua peranan di dalam kehidupannya. Dua peranan ini tidak boleh dipisahkan dan kedua-duanya sama diperlukan. Oleh itu, seorang Muslim tidak berhak mengambil hanya peranan pertama dan mengabaikan yang kedua. Dua peranan tersebut adalah:

Peranan pertama : Sesungguhnya Baginda Solawatullahi 'Alaih adalah Ar Rasul Al Khatim (Rasul Penyudah) yang diutus untuk menegakkan Islam di dalam jiwa seorang insan.

Peranan kedua : Baginda Solawatullahi 'Alaih adalah Az Za'im Al Jami' (Penjamin yang Menyatukan) yang diutus untuk menyatukan seluruh Muslimin menjadi satu Ummah yang mempunyai nilai di dalam kewujudan.

Dengan ini, setiap Muslim di sepanjang zaman harus bertanggungjawab dan beramanah terhadap dua peranan Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah di dalam kehidupannya. Justeru itu, dia harus berusaha untuk menegakkan Islam dan juga pada masa yang sama berusaha untuk mencapai suatu binaan diri. Binaan diri ini mampu menjadikan dirinya sebagai salah satu batu-bata yang saling menguatkan di dalam satu bangunan masyarakat Islam, dan sebagai salah satu benang yang menyambungkan rajutan Ummah Muslimin.

Bagaimanakah seorang Muslim bertanggungjawab dan beramanah terhadap peranan Baginda yang pertama, Ar Rasul Al Khatim (Rasul Penyudah), dan menegakkan Islam di dalam jiwanya?

Seorang Muslim harus mengamalkan empat komitmen yang mendirikan Islam di dalam jiwanya dan menunjukkan penerimaannya terhadap peranan pertama Sayyidina Rasulillah Solawatullahi 'Alaih di dalam kehidupannya sebagai Rasul Penyudah bagi Islam.

Empat komitmen tersebut adalah:

Pertama : Mengamalkan komitmen Maslak As Sunnah Al Muhammadiyah (Jalan Sunnah Rasulullah) di dalam melaksanakan ibadahnya yang tetap.

Kedua : Mengamalkan komitmen Suluk Al Khuluq Al Muhammadi (Perilaku Akhlak Rasulullah) dalam interaksinya sesama manusia.

Ketiga : Mengamalkan komitmen Manhaj At Tamasuk Al Muhammadi (Cara Kesatupaduan Rasulullah) yang mewajibkannya untuk saling bertanggungjawab pada masa ketakutan dan kesusahan di kalangan para Muslimin di dalam satu masyarakat.

Keempat : Mengamalkan komitmen Minhaj At Talahum Al Muhammadi (Sistem Perpaduan Rasulullah) yang mewajibkannya untuk saling berkasih sayang, kasih-mengasihani dan bersimpati di kalangan para Muslimin di semua negara.

Bagaimanakah seorang Muslim bertanggungjawab dan beramanah terhadap peranan Baginda yang kedua, Az Za'im Al Jami' (Penjamin yang Menyatukan), dan mengikut serta dalam usaha untuk memperbaiki dunia Muslimin demi mengembalikan ketinggian nilai mereka di dalam kewujudan?

Seorang Muslim harus bermula dengan Irtibat (ikatan) dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam menerusi dua Irtibat yang tidak boleh dipisahkan. Dua Irtibat ini dapat mengubah binaan dirinya dan menjadikannya pemilik Takwin Muhammadi (Binaan Muhammadi). Oleh itu, dia menjadi seorang Muslim yang dapat berinteraksi secara positif dengan pelbagai ideologi pemikiran, status sosial, kaum etnik dan daerah geografi.

Di dalam Islam, hukum-hukum bergantung kepada apa yang dizahirkan oleh seseorang insan. Oleh itu, jika seorang Muslim tidak menampilkan Irtibatnya melalui perbuatan dan ucapan atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Irtibat yang sebenar, janganlah dia menyalahkan sesiapa pun melainkan dirinya sendiri. Ini adalah kerana keikhlasan Irtibat seseorang tidak boleh dinilai kecuali berdasarkan apa yang dizahirkannya.

Kami menjelaskan dua Irtibat tersebut seperti berikut:

Pertama - Irtibat Iman : Seorang Muslim harus beriman bahawa diri Nabawi itu adalah insan yang unik. Dengan keimanan ini, dia harus mengikatkan dirinya dengan Irtibat Iman. Kemudian dia harus menzahirkan Irtibat Iman ini dengan melaksanakan amalan-amalan yang mencerminkan unsur-unsur pembina dirinya iaitu; badan, ruh, nafsu dan akal, dengan gambaran sifat-sifat diri Nabawi yang unik. Oleh itu, dia harus melaksanakan empat amalan berikut:

Amalan Pertama: Menjaga badannya dengan mencontohi kebersihan diri dan kesucian solat Rasulullah Solawatullahi 'Alaih .

Amalan Kedua: Menjernihkan ruhnya dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah Subhanah dengan zikir-zikir yang warid daripada Rasulullah Solawatullahi 'Alaih , dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam tanpa bilangan atau had.

Amalan Ketiga: Memperhalusi nafsu dengan mencerminkan keindahan pergerakan dan kesempurnaan diam Baginda Solawatullahi 'Alaih .

Amalan Keempat: Mendidik akalnya dengan ilmu Al Qur'an Al Ma'sum (yang terpelihara) yang diturunkan pada hati Baginda Solawatullahi 'Alaih dan ajaran-ajaran Nabawi yang terpelihara dan terjaga melalui sabda-sabda Baginda yang mulia Solawatullahi 'Alaih .

Kedua ' Irtibat Intima' (pertalian): Seorang Muslim harus mempunyai pertalian dengan diri Nabawi yang unik. Intima' ini mengharuskan dirinya untuk menyucikan sudut pandangan peribadinya daripada sifat ego, mementingkan diri sendiri, merasakan dirinya lebih, dan interaksi-interaksi negatif terhadap orang lain. Dia harus berprihatin untuk menjadikan interaksi-interaksinya dengan orang-orang sekeliling selaras dengan ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh Za'imul Muslimin Solawatullahi 'Alaih.

Interaksi-interaksi tersebut adalah seperti berikut:

Interaksi Pertama: Interaksi akal dengan pelbagai kelompok ideologi pemikiran di dalam dunia Islam. Akal seseorang Muslim yang mempunyai Intima' (pertalian) dengan diri Nabawi yang unik harus memahami faedah-faedah pelbagai kelompok ideologi pemikiran seperti kelompok-kelompok Salafiyah, Sufiyah, badan kebajikan dan organisasi tanah air. Maka dalam hal ini, dia tidak keterlaluan dengan kelompok ideologi pemikirannya atau mengutuk kelompok yang lain.

Interaksi Kedua: Interaksi nafsu dengan pelbagai status sosial. Nafsu seseorang Muslim yang mempunyai Intima' dengan diri Nabawi yang unik harus merasakan keadilan pelbagai status sosial. Maka dalam hal ini, dia tidak memencilkan diri dalam status sosialnya atau berjauhan daripada kelompok status yang lain.

Interaksi Ketiga: Interaksi ruh dengan berbilang kaum etnik. Ruh seseorang Muslim yang mempunyai Intima' dengan diri Nabawi yang unik harus menyesuaikan diri dengan keistimewaan berbilang kaum etnik. Maka dalam hal ini, dia tidak fanatik dengan kaum etniknya atau bermegah terhadap kaum etnik yang lain .

Interaksi Keempat: Interaksi badan dengan pelbagai daerah geografi. Badan seseorang Muslim yang mempunyai Intima' dengan diri Nabawi yang unik harus menahan keistimewaan berbilang daerah geografi. Maka dalam hal ini, dia tidak mengasingkan diri dalam negaranya atau menjauhkan diri dari daerah geografi yang lain .

Sesungguhnya Irtibat seorang Muslim dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah bukan hanya kata-kata yang diucapkan atau satu pengakuan yang tidak memerlukan bukti. Namun, Irtibat itu adalah Iman dan Intima'. Buktinya adalah apabila seseorang insan itu berubah binaan dirinya sehingga dia mencapai Takwin Muhammadi. Justeru, binaan ini akan mengukuhkan nilai-nilai Islam di dalam jiwanya dan mengembalikan ketinggian nilai Muslimin di dalam kewujudan.

[2] Sila rujuk kepada Kitab Wasiqah kami yang kedua bahagian pertama

^ kembali ke atas

 

7. Apakah pandangan Al Usrah Al Dandaraweyah terhadap reformasi Insan?

Pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah, As Sultan Ad Dandarawi, telah merantau mengelilingi negara-negara para Muslimin dan melihat bagaimana runtuhnya bangunan masyarakat-masyarakat mereka dan robeknya rajutan Ummah mereka. Dia juga melihat bagaimana mereka mempraktikkan urusan agama Islam baik secara peribadi atau berkelompok. Maka beliau merumuskan bahawa punca terjadinya situasi buruk ini adalah kerana mereka telah meninggalkan peranan kedua Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah di dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, kebanyakan Muslimin telah memutuskan Irtibat mereka dengan diri Sayyidina Rasulillah ' Alaihi Solawatullah .

Akibatnya, kebanyakan Muslimin mula mengamalkan agama Islam berdasarkan batasan fahaman mereka sendiri. Kadangkala, sebahagian daripada mereka membataskan Islam hanya pada urusan ibadah yang tetap dan beberapa nilai akhlak sahaja. Ada sebahagian pula yang meluaskan fahaman mereka tentang Islam dengan merangkumkan aspek ibadah, akhlak dan kerjasama sosial. Namun, jarang sekali seorang Muslim pada zaman moden ini merasakan bahawa dengan agama Islam, dia merupakan salah satu anggota daripada satu jasad Ummah Muslimin yang harus bertindak kepada setiap penyakit yang menimpa jasad Ummah tersebut.

Kebanyakan Muslimin juga telah membentuk unsur-unsur pembina diri mereka berdasarkan akal sendiri lantas mencontohi orang-orang yang mereka anggap baik. Justeru itu, mereka tidak selamat daripada perpecahan dalaman di antara model-model insan yang pelbagai nilai dan perbuatan.

Sesungguhnya kebanyakan Muslimin juga telah menjadikan sistem hubungan dan interaksi mereka dengan masyarakat sekeliling dengan mengikuti sudut pandangan peribadi yang tidak terlepas daripada kepentingan diri dan hawa nafsu mereka.

Justeru itu, Islam yang merupakan sumber keamanan dan kesejahteraan bagi semua kini telah diubah dengan adanya sifat mementingkan diri sendiri dan berbagai-bagai pengaruh. Dengan ini, ia telah menjadi medan persengketaan antara ideologi pemikiran, status sosial, kaum etnik dan daerah geografi. Jarang sekali sebuah masyarakat Islam itu selamat daripada persengketaan tersebut. Ummah Muslimin yang sepatutnya seperti satu jasad yang cepat bertindak untuk membantu antara satu sama lain kini telah ditimpa penyakit gangren (memakan daging badan) yang menghancurkan anggota-anggota badan secara berurutan.

Oleh itu, reformasi Insan seperti yang diterangkan oleh pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah adalah dengan mengembalikan kefahaman kita kepada Islam yang asal dan memahami asas bagi dua peranan Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah Solawatullahi 'Alaih di dalam kehidupan seorang Muslim. Berdasarkan kefahaman ini, tibalah peranan seorang Muslim untuk berkemahuan dalam melaksanakan apa yang diyakininya, iaitu memikul amanah bagi dua peranan tersebut secara serentak.

Justeru itu, di dalam pandangan pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah, reformasi harus bermula daripada diri seorang insan. Segala reformasi selain daripada reformasi diri seorang Insan adalah reformasi sementara dan terdedah kepada kehancuran. Reformasi Dandarawi adalah sebuah reformasi Insan kerana setiap insan bertanggungjawab atas reformasi ini dan harus menyertai dalam kerja-kerja reformasi. Tidak syak lagi, hasil reformasi ini memanfaatkan setiap insan. Tambahan pula, Muslimin pada hari ini membentuk lebih daripada seperempat penduduk bumi. Oleh itu, kestabilan di dalam Ummah Muslimin dapat memberi kesan kepada kestabilan dunia.

^ kembali ke atas

 

8. Apakah identiti seorang insan Dandarawi?

Pada zaman di mana banyak pihak sedang berantakan untuk membentuk identiti seorang Muslim, kami mengatakan bahawa Insan Dandarawi adalah seorang Muslim yang mempunyai Takwin Muhammadi (Binaan Muhammadi). Dia berprihatin untuk mencerminkan Takwin Muhammadi di dalam setiap perbuatannya dan peranannya secara individu mahupun berkumpulan.

^ kembali ke atas

 

9. Apakah matlamat Al Usrah Al Dandaraweyah?

Setelah serangan-serangan secara berurutan, dari dalam dan luar, terhadap diri Rasul yang Terpilih Solawatullahi 'Alaih , sebahagian besar ahli Tauhid telah meninggalkan peranan kedua Baginda. Serangan-serangan ini bermula sejak sekitar tiga ratus tahun yang lalu, apabila muncul tuduhan-tuduhan untuk menakutkan para Muslimin tentang aqidah Tauhid mereka dan memberi amaran bahawa mereka boleh murtad atau syirik jika mereka Irtibat dengan diri Rasul yang Terpilih Solawatullahi 'Alaih .

Oleh sebab itu, mereka telah memutuskan Irtibat dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah dan mengambil keputusan untuk hanya melaksanakan amanah terhadap peranan pertama Baginda sebagai Rasul Penyudah dan meninggalkan peranan kedua Baginda sebagai Za'im yang Menyatukan Muslimin.

Al Watsiqah Al Baidha' menyifatkan tuduhan-tuduhan ini sebagai 'tuduhan gelap dan zalim.' Kebanyakan Muslimin telah memutuskan Irtibat mereka dengan diri Baginda akibat menjadi mangsa kepada tuduhan-tuduhan tersebut.

Dengan itu, kedudukan seorang Muslim telah menjadi salah satu di antara dua:

•  Seorang Muslim yang mencari petunjuk mengenai Taqwa dari sudut pandangan peribadinya,

•  Seorang Muslim yang menjadikan hawa nafsunya sebagai petunjuk.

Justeru itu, Islam menjadi asing bagi kebanyakan Muslimin. [3]

Berdasarkan keadaan tersebut dan serangan yang zalim terhadap diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah Solawatullahi 'Alaih , Al Usrah Al Dandaraweyah telah tampil ke hadapan untuk memikul tugas yang penting iaitu 'Al Qadhiyah Al Muhammadiyah' (Mempertahankan isu-isu berkenaan Sayyidina Muhammad). Di antara matlamat utama mereka juga adalah untuk mempertahankan 'Al A'tab An Nabawiyah' (Pintu-pintu keagungan Sayyidinan Nabi). Ini adalah kerana nilai-nilai Islam tidak boleh berdiri di dalam jiwa seorang insan dan benang-benang rajutan Ummah Muslimin tidak boleh bersepadu di dalam kewujudan jika para Muslimin jauh daripada diri Rasul dan Za'im yang Terpilih Solawatullahi 'Alaih.

[3] Rujuklah kitab pertama Al Wasiqah Al Baidha', mukasurat 25 (terjemahan Bahasa Melayu).

^ kembali ke atas

 

10. Bagaimanakah cara Al Usrah Al Dandaraweyah mencapai matlamat-matlamatnya?

Sesungguhnya tujuan utama pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah adalah untuk mencipta sebuah perkumpulan insan yang berkata melalui perbuatan bukan dengan teori kepada semua masyarakat yang berada di sekeliling mereka. Sekiranya para Muslimin kembali berirtibat kepada diri Rasul Penyudah dan Penjamin yang Menyatukan Solawatullahi 'Alaih , mereka mampu mengembalikan ketinggian nilai-nilai Islam ke dalam setiap Wijdan (jiwa) dan juga integrasi masyarakat serta Ummah antarabangsa. Dengan ini, nilai para Muslimin di dalam Wujud akan menjadi unggul.

Lantaran itu, As Sultan Ad Dandarawi telah menentukan dua amalan yang harus dipraktikkan oleh setiap Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah. Dua amalan tersebut merupakan dua perjalanan yang harus dilaksanakan secara serentak dan tidak boleh dipisahkan. Yang pertama adalah Masirah Dzatiyah (perjalanan secara individu). Yang kedua adalah Masirah Jama'iyah (perjalanan secara berkumpulan).

Masirah Dzatiyah bermula apabila seorang Muslim berirtibat dengan diri Sayyidil Basyar Muhammad Rasulullah Solawatullahi 'Alaih untuk mengembalikan Takwin Muhammadi yang pernah dimiliki oleh para sahabat yang mulia dan para Salafus Shalih.

Ini adalah kerana binaan insan ini merupakan satu-satunya binaan yang boleh menyempurnakan tugas untuk mencapai tujuan asas bagi Al Usrah Al Dandaraweyah.

Sesungguhnya, seorang Muslim yang berirtibat dengan diri Ar Rasul Al Musthafa Sollallahu 'Alaihi Wasallam akan dapat mecetak watak peribadinya dengan melaksanakan unsur-unsur pembentuk diri yang empat, iaitu badan, ruh, nafsu dan akal, sehingga dia boleh mengukuhkan nilai-nilai Islam yang empat, iaitu ibadah, muamalah, tolong menolong, dan persatuan di dalam Wijdan dirinya. Dan sekaligus, dia akan menampilkan keperibadiannya dengan empat unsur-unsur pembentuk diri tersebut dalam interaksinya dengan masyarakat, sehingga dia akan dapat mengembalikan kekukuhan bangunan masyarakat Islam, dan menciptakan kembali benang rajutan Ummah Muslimin, supaya nilai Ummah Muslimin menjadi unggul di dalam Wujud (keberadaan).

Masirah secara individu ini bermula daripada keputusan peribadinya. Kemudian, dia mula memperbaiki langkah-langkahnya dengan hati-hati supaya tidak terperangkap oleh kelalaian atau tekanan tabiat buruk yang lampau.

Kesungguhan setiap Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah dalam Masirah Dzatiyahnya akan menjadikan dirinya seperti cermin yang menzahirkan binaan diri Muhammadi di dalam masyarakat insan. Binaan tersebut akan membuktikan hasil keberkesanannya bagi individu mahupun perkumpulan.

Manakala Masirah Jama'iyah pula merupakan satu rangka yang membolehkan setiap Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah mempraktikkan Masirah Dzatiyahnya di dalam perkumpulannya. Apabila Masirah Jama'iyah ini memulakan langkahnya untuk mewujudkan satu barisan dan menyatukan gerak langkah yang satu dalam safnya, maka setiap sahah Al Usrah Al Dandaraweyah, di mana pun mereka berada, akan memperlihatkan 'Manaratuzh Zhuhur' (menara yang tampak jelas) bagi 'Jam'u Insan Muhammad/perkumpulan Insan Muhammad' Sollallahu 'ala Sayyidina Muhammad di dalam lingkungan orang-orang yang berada di sekitarnya. Setiap Muslim yang berniat dan berazam untuk berirtibat dengan diri Sayyidil Basyar Muhammad Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam , bolehlah menuju ke arah menara ini untuk bergabung dalam reformasi insan tersebut.

Al Usrah Al Dandaraweyah telah membentangkan program-program untuk Masirah Jama'iyahnya dalam empat fasa:

•  Al Izhar: Fasa menzahirkan identiti dan binaan Al Usrah Al Dandaraweyah sebagai sebuah kumpulan daripada 'Jam'u Insan Muhammad' (Perkumpulan Insan Muhammad) Sollallahu 'Ala Sayyidina Muhammad .

•  Al Isytihar: Fasa yang diisytiharkan di dalam masyarakat insan dengan apa yang telah dizahirkan.

•  Al Insihar: Fasa untuk merapatkan barisan di mana kebaikan untuk semua adalah kebaikan untuk satu dan musibah bagi satu adalah musibah bagi semua.

•  Al Intisyar: Fasa bertambahnya cabang-cabang dari pokok insan Al Usrah Al Dandaraweyah yang kukuh.

^ kembali ke atas

 

11. Apakah syaratnya untuk Intisab dengan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

Pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah, As Sultan Ad Dandarawi, telah menentukan satu syarat sahaja bagi sesiapa yang ingin bergabung dalam perkumpulan Muslimnya. Syaratnya adalah dia harus berirtibat dengan diri Sayyidil Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah dengan dua Irtibat secara serentak iaitu Irtibat Iman dan Irtibat Intima'.

^ kembali ke atas

 

12. Bagaimanakah cara untuk bergabung dengan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

Seorang Muslim yang berazam untuk berirtibat dengan diri Sayyidil Basyar Muhammad Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam boleh bergabung bersama Al Usrah Al Dandaraweyah dengan berintisab Ma'nawi (ikatan keluarga spiritual) dengan pengasasnya iaitu As Sultan Ad Dandarawi.

Intisab Ma'nawi ini akan memberi seseorang insan tersebut dengan gelaran 'Ad Dandarawi'. Akan tetapi, gelaran ini tidak menghilangkan nama nasab keluarga asalnya. Itulah sebabnya, gelaran ini harus diletakkan sebelum namanya dan nama keluarganya, maka kita memanggilnya: Dandarawi Fulan bin Fulan.

Dengan Intisab Ma'nawi ini, pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah, As Sultan Ad Dandarawi 'Alaihi Minallahir Ridhwan akan menjadi datuk Ma'nawi kepada semua yang bergabung dengan Al Usrah Al Dandaraweyah. Manakala Dandarawi yang kedua iaitu puteranya Al Imam Al Abbas Ad Dandarawi, berperanan sebagai bapa ruh kepada Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah. Manakala cucunya pula, Dandarawi yang ketiga iaitu Sumuwwul Amir Al Fadl bin Al Abbas Aal Ad Dandarawi, merupakan abang tertua bagi perkumpulan kabilah-kabilah dan keluarga-keluarga Al Usrah Al Dandaraweyah.

Pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah ' Alaihi Minallahir Ridhwan telah memerintahkan supaya pintu untuk berintisab dengan Al Usrah Al Dandaraweyah sentiasa terbuka kepada semua ahli Tauhid selagi perkumpulan ini wujud dengan izin Allah, supaya seorang Muslim boleh bergabung pada bila-bila masa sahaja dengan syarat yang telah disebutkan di atas.

^ kembali ke atas

 

13. Siapakah yang membentuk binaan insan perhimpunan Al Usrah Al Dandaraweyah?

Biasanya, para pengasas perkumpulan-perkumpulan insan mengarahkan perhatian mereka untuk menarik golongan manusia yang tertentu. Sebahagian hanya mementingkan pemuda-pemudi, ada pula hanya memilih pelajar-pelajar universiti. Sebahagian yang lain pula memilih orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi dan yang kaya. Mereka tidak memandang kepada orang fakir atau yang lemah. Ada hanya mengambil orang-orang Solih dan orang-orang alim dan tidak mahu meluangkan masa mereka untuk memperbaiki orang-orang yang banyak kekurangan.

Itulah sebabnya apabila kita menghadiri acara pertemuan umum, seringkali kita dapat melihat pemencilan kelompok-kelompok berdasarkan status (kedudukan).

Pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah telah menujukan seruan reformasinya kepada setiap Muslimin yang ingin bersatu. Ini adalah kerana beliau ' Alaihi Minallahir Ridhwan ingin menampilkan perkumpulan Muslimnya sebagai satu rajutan Ummah yang membentuk sebuah bangunan masyarakat Muslim. Justeru itu, beliau ' Alaihi Minallahir Ridhwan telah memberi perhatian khusus kepada beberapa prinsip:

Binaan insan bagi perkumpulannya harus menghimpun para Muslimin daripada keempat-empat kelompok ideologi pemikiran supaya barisan Al Usrah Al Dandaraweyah merangkumi:

•  Pengikut-pengikut Mazhab As Salafiyah,

•  Murid-murid Thariqah As Sufiyah,

•  Anggota badan-badan kebajikan,

•  Para pejuang organisasi tanah air.

Binaan insan bagi perkumpulannya harus menghimpun para Muslimin daripada aneka ragam status sosial:

•  Yang kaya dan fakir

•  Yang kuat dan lemah

•  Yang berilmu dan Ummi

•  Pemimpin dan pengikut

Binaan insan bagi perkumpulannya juga harus menghimpun para Muslimin yang berkulit:

•  Putih

•  Hitam

•  Merah

•  Kuning

Binaan insan bagi perkumpulannya juga harus menghimpun para Muslimin yang tersebar di empat daerah belahan bumi yang menetap di empat daerah geografi bumi, sehingga barisan Al Usrah Al Dandaraweyah merangkumi manusia dari timur, barat, selatan dan utara yang menetap di:

•  Gunung

•  Lembah

•  Darat

•  Pantai

Binaan insan bagi perkumpulannya harus menghimpun para Muslimin yang tersebar di berbagai negara sama ada di dalam bentuk kabilah atau keluarga, supaya barisan Al Usrah Al Dandaraweyah tersusun rapi dan bersatu dengan kabilah-kabilah dan keluarga-keluarga tersebut yang tertuang dalam satu bentuk binaan insan, yang berintisab Ma'nawi dengan pengasasnya.

Maka binaan model masyarakat Al Usrah Al Dandaraweyah terdiri daripada para Muslimin yang mempunyai Takwin Muhammadi, di dalam bentuk kabilah atau keluarga. Ia merangkumi empat warna bangsa yang tersebar di empat daerah belahan bumi dan menetap di empat daerah geografi bumi, walaupun situasi kehidupan mereka berbeza antara satu sama lain menurut empat keadaan status masyarakat.

^ kembali ke atas

 

14. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Mazhab-Mazhab Syar'iyah

Al Usrah Al Dandaraweyah memandang Madzhab Fiqh yang empat sebagai madrasah di mana para Muslimin mempelajari hukum-hukum agama yang mulia mengenai ibadah dan muamalah, berdasarkan Maslak As Sunnah An Nabawiyah Al Qawim (Jalan Sunnah Nabawi yang Teguh).

Menurut pandangan Al Usrah Al Dandaraweyah, Sayyidil Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah telah melakarkan Sunnah An Nabawi Baginda dalam empat sudut. Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi telah memberikan hidayahNya kepada empat orang ahli Fiqh yang mahsyur Radhiyallahu 'Anhum . Setiap satu daripada mereka menjelaskan satu daripada empat sudut Sunnah tersebut. Ini adalah supaya para Muslimin boleh melaksanakan As Sunnah Al Muhammadiyah Al Qawim sesuai mengikut fitrah dirinya sama ada dengan cara ketat, kurang ketat, moderat atau ringan mengikut keadaan iklim tempat penetapannya, tanpa berlebihan dan melampau.

Sesungguhnya, As Sultan Ad Dandarawi telah memilih Madzhab Asy Syafi'e untuk ibadahnya dan memberikan kebebasan kepada sesiapa sahaja daripada perkumpulan Muslimnya untuk memilih Madzhab Fiqh yang sesuai bagi dirinya untuk melaksanakan hukum-hukum ibadah, tanpa menjadi fanatik kepada Madzhab yang tertentu. Ini adalah kerana perbezaan di antara Madzhab Syari'ah adalah satu Ikhtilaf Muwa'amah (perbezaan yang saling menyempurnakan) bukan Ikhtilaf Mukhalafah (khilaf yang bercanggah).

Maka jelas sekali, Al Usrah Al Dandaraweyah bukanlah satu Madzhab Fiqh yang baru. Oleh itu, pembinaan model masyarakat perkumpulan ini sentiasa terbuka dan sedia untuk bergabung dengan sesiapa sahaja daripada kalangan pengikut empat Madzhab pada bila masa sahaja yang mereka inginkan. Ini adalah supaya mereka semua boleh mempamerkan bahawa Irtibat dengan diri Ar Rasul Al Musthafa dan Az Za'im Al Mujtaba Solawatullahi 'Alaih adalah pusat (sentral) untuk mengembalikan benang rajutan Ummah Muslimin seiring dengan kemajuan rakyat, perkembangan insan dan ketinggian martabat Ummah di kalangan bangsa-bangsa di dunia.

^ kembali ke atas

 

15. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Thariqah-Thariqah As Sufiyah

Al Usrah Al Dandaraweyah memandang Masyrab-Masyrab As Sufiyah sebagai madrasah adab Al Muhammadiyah (pendidikan akhlak Al Muhammadi) yang ditubuhkan secara khusus untuk mengajar para Muslimin tentang asas-asas bagaimana untuk memperhalusi praktik Islam dengan mengikuti secara teliti Al Uswah Al Muhammadiyah Al Hasanah (contoh tauladan Rasulullah yang indah) dan untuk mencapai Zauq (rasa yang mendalam) dalam pemahaman dan Himmah (semangat yang tinggi). Di samping itu, masyrab-masyrab ini juga mengisi Ruh para pengikutnya dengan wirid-wirid zikir dan selawat. Dengan melaksanakannya, seorang Muslim akan membawa dirinya daripada tahap kemanusiaan yang rendah kepada tahap yang tertinggi.

Untuk menjelaskan bahawa mengamalkan As Sufiyah adalah wajib bagi seorang Muslim, As Sultan Dandarawi telah mengambil Masyrab Ahmadi Al Idrisi untuk dirinya dan keturunan kabilahnya. Namun, beliau telah memberikan kebebasan kepada sesiapa yang berintisab dengan keluarganya untuk memilih mana-mana Masyrab As Sufiyah yang suci mengikut ketenangan Ruh mereka dengan melaksanakan wirid-wirid zikir untuk menyempurnakan Islam mereka.

Oleh itu, Al Usrah Al Dandaraweyah bukanlah satu Thariqah As Sufiyah. Mereka menganggap As Sufiyah hanya sebagai Masyrab (minuman bagi Ruh) dan majoriti daripada mereka dididik melalui Masyrab Al Ahmadi Al Idrisi. Namun demikian, mereka tidak fanatik kepada Masyrab yang tertentu, bahkan menganggap setiap Muslim yang mengikuti Thariqah As Sufiyah yang suci sebagai saudara, jiran, sahabat dan rakan. Dengan penerimaan Masyrab Az Zauqiyah yang berbeza, binaan insan Al Usrah Al Dandaraweyah sentiasa bersifat terbuka dan bersedia untuk bergabung dengan semua pengikut Thariqah As Sufiyah pada bila masa sahaja mereka inginkan. Oleh itu, setiap Muslim akan bersatu untuk mendapatkan kembali inti benang rajutan Ummah Muslimin melalui perhubungan mereka dan mengembalikan kedudukan yang asal di sisi negara-negara lain.

^ kembali ke atas

 

16. Al Usrah Al Dandaraweyah dan badan-badan kebajikan

Sesungguhnya Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah harus berpegang teguh kepada kesatupaduan masyarakat kerana ia adalah satu kewajiban Islam. Islam seseorang Muslim tidak sempurna jika dia tidak berusaha untuk menegakkan kesatupaduan masyarakat. Oleh itu, komitmen terhadap sifat tolong-menolong tidak terhenti hanya sesama mereka sahaja tetapi ia hendaklah merangkumi semua masyarakat umum. Menerusi sistem tolong-menolong ini, mereka saling memberi jaminan pada masa ketakutan dan saling bergantung kepada satu sama lain pada waktu kesusahan.

Meskipun Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah melibatkan diri dalam kerjasama sosial, binaan dan model Al Usrah Al Dandaraweyah bukanlah sebuah badan kebajikan. Dengan pengakuan ini, ia tidak bererti Al Usrah Al Dandaraweyah tidak menghargai usaha badan-badan kebajikan yang jujur ataupun menentang mereka. Bahkan di sebaliknya, Al Usrah Al Dandaraweyah sentiasa membuka pintu kepada setiap anggota badan-badan kebajikan yang ingin bergabung dengan Al Usrah Al Dandaraweyah.

Kesimpulannya, di antara peraturan Al Usrah Al Dandaraweyah adalah setiap daripada mereka harus menghormati semua badan kebajikan yang jujur. Di samping itu, mereka harus berinteraksi dengan anggota badan kebajikan yang bergabung dengan Al Usrah Al Dandaraweyah dan menganggap mereka sebagai saudara, sahabat, jiran atau teman.

^ kembali ke atas

 

17. Al Usrah Al Dandaraweyah dan status-status masyarakat

Selama perjalanannya mengelilingi negara-negara Islam, pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah telah melihat bahawa golongan status dalam kebanyakan masyarakat telah terputus disebabkan keadaan kehidupan manusia yang terpisah. Golongan status yang setaraf hanya bergaul sesama mereka dan memencilkan diri daripada golongan yang lain. Keadaan inilah menjejaskan pembangunan masyarakat yang mengakibatkan runtuhnya kesatupaduan dan menghalang perkembangan dan kemajuan secara berterusan.

Dengan itu, pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah sangat prihatin untuk mencerminkan kumpulan Muslimnya sebagai sebuah kumpulan yang menzahirkan bangunan masyarakat Islam. Maka beliau menjadikan kumpulan Muslimnya sebagai sebuah model masyarakat yang menggabungkan individu-individu daripada pelbagai status dan bukan khas untuk satu golongan status sahaja.

Tujuan Al Usrah Al Dandaraweyah menghimpunkan pelbagai golongan status di dalam satu model masyarakat adalah untuk membina setiap insan daripada semua Jumu' Sahah. Dengan Irtibat yang ikhlas dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Rasulullah ' Alaihi Solawatullah , dia mampu menembusi dinding-dinding pemisah pelbagai golongan status dan bersatupadu dengan mereka yang berada di sekelilingnya.

Ini adalah kerana insan tersebut telah mendidik nafsunya untuk mencapai 'Asy Syamailiyyah' (tidak mementingkan diri) dan menundukkan nafsunya untuk merasakan keadilan pelbagai golongan status sehingga dia boleh menolak semua sifat hasad.

•  Yang fakir tidak hasad kepada yang kaya

•  Yang lemah tidak hasad kepada yang kuat

•  Yang Ummi tidak hasad kepada yang 'Alim

•  Para pengikut tidak hasad kepada para pemimpin

^ kembali ke atas

 

18. Al Usrah Al Dandaraweyah dan organisasi-organisasi kebangsaan

Sesungguhnya Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah berpegang teguh kepada penyatuan barisan Ummah Muslimin kerana ia adalah satu kewajiban Islam. Seorang Insan tidak sempurna Islamnya tanpa penyatuan Ummah. Dengan demikian, semua Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah sentiasa berpegang teguh kepada perpaduan sesama saudara-saudara Muslimnya di luar negara dengan sistem saling berkasih sayang, kasih-mengasihani dan bersimpati antara satu sama lain . Sistem ini merupakan pemintal rajutan untuk jasad Ummah Muslimin yang satu .

Walaupun Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah berpegang teguh kepada penyatuan barisan dan sistem pergerakan yang bersepadu di mana perkumpulan- perkumpulan Sahah tersebar, ia bukanlah sebuah organisasi tanah air. Ini bukan bererti bahawa Al Usrah Al Dandaraweyah tidak menghargai ataupun menentang usaha organisasi-organisasi yang jujur. Sebaliknya, barisan Al Usrah Al Dandaraweyah sentiasa terbuka kepada semua anggota organisasi-organisasi yang ikhlas untuk sama-sama bergabung dan ikut serta dalam mengembalikan inti rajutan Ummah Muslimin.

Kesimpulannya, salah satu daripada peraturan Al Usrah Al Dandaraweyah adalah supaya semua Abna' menghormati setiap organisasi tanah air yang ikhlas dan berinteraksi dengan mereka sebagai saudara, sahabat, tetangga ataupun teman.

^ kembali ke atas

 

19. Al Usrah Al Dandaraweyah dan kaum-kaum etnik

Sesungguhnya fitrah manusia berbeza berdasarkan kepelbagaian kaum etnik. Ini tidak bererti bahawa perbezaan kaum boleh menyebabkan mereka terbahagi dan membuat satu kaum itu lebih tinggi atau lebih baik martabatnya daripada yang lain.

Sesungguhnya Al Usrah Al Dandaraweyah memandang setiap kaum etnik yang wujud di dunia ini setaraf dari segi nilai kemanusiaan. Satu kaum itu tidaklah lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan amalan yang baik.

Oleh kerana perpaduan rajutan Ummah Muslimin terdiri daripada empat warna kulit kaum etnik (putih, hitam, merah dan kuning), pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah sangat prihatin supaya perkumpulan Muslimnya mencerminkan inti rajutan Ummah Muslimin. Justeru itu, beliau menjadikan perkumpulannya sebagai sebuah model masyarakat yang merangkumi keempat-empat kaum etnik dan bukan satu model yang hanya mengandungi satu kaum sahaja.

Oleh itu, Al Usrah Al Dandaraweyah ingin menunjukkan kepada sesiapa yang menghadiri salah satu Muktamar umumnya bahawa barisan-barisannya mengandungi pelbagai kaum etnik. Ini membuktikan bahawa dengan Irtibat yang benar dengan diri Sayyidul Basyar Muhammad Solawatullahi 'Alaih , seseorang itu mampu menembusi dinding fanatik perkauman dan bersatupadu dengan semua kaum etnik tanpa menghilangkan fitrah kaumnya. Ini adalah kerana dia telah menyucikan ruhnya sehingga mencapai 'Asy Syafafiyyah' (kejernihan). Dengan menundukkan ruhnya, dia boleh menyesuaikan diri dengan keistimewaan pelbagai kaum etnik, menolak sikap fanatik perkauman dan tidak berbangga atau bermegah dengan kaum-kaum yang lain.

^ kembali ke atas

 

20. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Negara

Sesungguhnya Intisab seorang Muslim kepada Al Usrah Al Dandaraweyah mengukuhkan lagi kesetiaannya terhadap negara dan menegaskannya untuk mematuhi segala undang-undang serta sistem negara tersebut. Perhubungan dengan tanah airnya yang tiada pergeseran atau sengketa boleh mewujudkan keamanan untuk melaksanakan tugas dan kewajibannya menerusi keselamatan rakyatnya yang berterusan dan sumber pendapatan yang stabil. Sesungguhnya seorang insan memerlukan dua perkara tersebut dalam hidupnya secara serentak. Dengan ini, dia dapat merasakan kerhormatan diri dan membolehkannya untuk terus bergerak dan berkembang.

Di antara slogan-slogan Al Usrah Al Dandaraweyah adalah:

'Kestabilan ketenangan insan bergantung kepada keselamatan yang berterusan yang juga merupakan benteng kehormatannya. Keyakinannya pula bergantung kepada kestabilan sumber pendapatan yang merupakan pendorong pergerakannya.'

^ kembali ke atas

 

21. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Politik

Setiap Jumu' Sahah Al Usrah Al Dandaraweyah di semua negara ia tersebar tidak terlibat dalam politik kerana itu bukanlah urusannya. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang sesiapa daripada Abna' nya untuk berkecimpung dalam kerja-kerja politik, dengan syarat dia melaksanakannya secara peribadi dan tidak menuntut Abna' Al Usrah Al Dandaraweyah yang lain untuk menyebelahinya demi kepentingan politik.

Sesungguhnya Al Usrah Al Dandaraweyah adalah satu model masyarakat dan bukanlah model politik. Sekiranya salah seorang daripada Abna'nya mengamalkan politik, maka itu adalah urusan peribadinya. Al Usrah Al Dandaraweyah menganggap pekerjaan politik sama seperti kerjaya lain yang diperlukan oleh masyarakat dan ia harus memenuhi syarat-syarat kelayakan dari segi pengetahuan dan moral.

Di antara slogan-slogan Al Usrah Al Dandaraweyah adalah:

'Kami tahu tentang politik tetapi tidak mengamalkannya.'

^ kembali ke atas

 

22. Al Usrah Al Dandaraweyah dan penganut agama-agama lain

Menurut pandangan Dandarawi, masyarakat Islam merupakan masyarakat majmuk yang hidup bersama para penganut agama lain. Berdasarkan nas-nas suci, Islam tidak pernah menuntut seorang Muslim supaya hidup dalam satu masyarakat yang tersendiri dan menjauhkan diri daripada penganut agama-agama lain. Sepertimana yang terdapat di dalam Sirah Nabawiyah yang suci, kita melihat bahawa masyarakat yang diasaskan Islam adalah satu masyarakat majmuk. Ia juga menekankan bahawa tanggungjawab untuk mengembangkan dan meninggikan bangunan masyarakat adalah kewajiban bagi semua.

Oleh itu, pendirian Al Usrah Al Dandaraweyah tentang penganut agama-agama lain yang hidup dalam satu masyarakat sama dengan pendirian majoriti Muslimin, di mana para Muslimin tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam kerana, 'Tiada paksaan di dalam agama.'

Justeru itu, sesiapa yang menyakiti penganut agama Samawi (ahli Kitab) atas alasan berlainan agama, berpandukan fatwa yang dikeluarkan sendiri atau berkumpulan dan tidak diakui oleh negara berdaulat, sesungguhnya dia telah menyakiti Sayyidul Basyar Muhammad Solawatullahi 'Alaih . Ini adalah kerana Baginda sendiri telah mengumumkan pemeliharaan Baginda dan memberi perlindungan kepada setiap penduduk yang berlainan agama, yang hidup di negara Islam bersama para Muslimin.

Sesungguhnya menghormati orang-orang yang bukan Muslim yang hidup bersama dalam satu masyarakat, melindungi nyawanya, menjaga keselamatannya dan berbuat baik kepadanya sebagai jiran merupakan sistem Islam. Jika ada sebarang kumpulan yang cuba mengubah sistem ini daripada keamanan kepada peperangan, ia tidak boleh diterima oleh akal mahupun syara', melainkan permusuhan dan peperangan bermula di tahap negara.

Sesungguhnya Al Usrah Al Dandaraweyah merupakan model masyarakat yang menggabungkan para Muslimin sahaja. Namun, semua Jumu' Sahahnya yang tersebar di merata negara hidup dengan rukun bersama rakyat yang berlainan agama dan berikrar untuk taat setia kepada negara.

^ kembali ke atas

 

23. Al Usrah Al Dandaraweyah dan Wanita

Al Usrah Al Dandaraweyah adalah sebuah model masyarakat yang berbentuk satu kabilah di mana keluarga-keluarganya bercabang di merata dunia. Oleh kerana sesebuah keluarga terdiri daripada empat generasi manusia (kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua), lelaki dan perempuan, maka pengasas Al Usrah Al Dandaraweyah telah mengarahkan seruan reformasinya kepada setiap Muslim bersama keluarganya untuk bergabung di dalam saf-saf Al Usrah Al Dandaraweyah.

Oleh itu, Al Usrah Al Dandaraweyah bukanlah sebuah badan tempatan yang ditubuhkan untuk menyelenggarakan kegiatan bagi memperbaiki dan memperkukuhkan keadaan hidup wanita serta memperkasakan kemahiran mereka. Bahkan, ia adalah sebuah model masyarakat di mana para wanitanya, daripada keempat-empat generasi, merupakan sebahagian yang memainkan peranan penting di dalam model ini. Ini seiring dengan penghargaan Al Usrah Al Dandaraweyah terhadap semua pertubuhan wanita.

Sesungguhnya, wanita dan lelaki merupakan pasangan dalam mencapai reformasi insan. Dengan ketulusan Irtibat dengan diri Sayyidil Basyar S olawatullahi 'Alaih , mereka bersama kaum lelaki, berjuang untuk menentang segala kerosakan yang boleh membinasakan jiwa insan masa kini. Mereka juga menentang segala kehancuran yang menyebabkan kewujudan insan menjadi medan perpecahan sehingga setiap individu bertaburan dan kumpulan menjadi saling terbahagi.

Di dalam Al Usrah Al Dandaraweyah, wanita merupakan satu bahagian daripada perhimpunan Ummah Muslimin. Mereka juga dituntut sama seperti lelaki untuk bangkit dan melakukan perubahan dalam masyarakat dan Ummah. Al Usrah Al Dandaraweyah tidak ditubuhkan untuk wanita sahaja, bahkan untuk kesemua empat generasi insan sama ada lelaki ataupun perempuan.

Pada setiap tahun, Al Usrah Al Dandaraweyah mengadakan Muktamar umum untuk menyambut Maulid An Nabawi Asy Syarif di Dandara sejak tahun 1973M sehingga hari ini. Bagi yang mengikuti Masirah (perjalanan) Al Usrah Al Dandaraweyah sejak 1973M, mereka akan melihat dengan jelas kemajuan yang dicapai oleh wanita, sama ada dengan penyertaan mereka yang aktif atau melalui kegiatan-kegiatan pendidikan yang dilaksanakan di dalam setiap Jumu' Sahah yang tersebar di pelbagai negara.

Di dalam Al Usrah Al Dandaraweyah, kaum wanita mempunyai hak dan kewajiban yang sama dengan kaum lelaki. Pandangan mereka sentiasa didengar di dalam muktamar-muktamar umum dan juga di Jumu' Sahah mereka. Wanita turut bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kelalaian. Selain itu, mereka juga berhak mendapat penghargaan atas segala usaha dan sumbangan. Di acara-acara perayaan, wanita diizinkan naik ke atas pentas untuk menyampaikan ceramah ataupun menyampaikan ucapan di tempat yang dikhususkan terpisah daripada kawasan lelaki, mengikut batasan Syara'.

Sesungguhnya, Al Usrah Al Dandaraweyah melihat bahawa proses reformasi insan memerlukan perubahan pada setiap peringkat untuk mengembalikan keadaan insan zaman ini kepada keteguhan asas yang suci. Proses ini tidak mungkin berjaya dan berterusan tanpa penglibatan aktif daripada keempat-empat generasi wanita, tidak kira warna kulit bangsa, tempat tinggal, corak dan gaya kehidupan, Madzhab, Masyrab (Thariqah), badan kebajikan atau organisasi kenegaraan, sama ada bersendirian ataupun berkumpulan.

 

TAMAT

 

^ kembali ke atas

   
 
Best viewed using Internet Explorer 6.0 with 1024x768 screen resolution.
Copyright © 2013 Al Usrah Al Dandaraweyah. All Rights Reserved

Intellectual Property Rights Policy